Patut dapat bonus lebih RM222,000, anak Kelantan ini dedah berapa diperolehnya

Anak jati Kelantan, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib dilapor tidak mendapat bonus lumayan AS$50,000 (RM222,000) seperti dijanjikan selepas menewaskan lawan dari Russia, Shamil Adukhov di pentas ONE Championship, semalam.

Jaguh muay thai negara kelahiran Rantau Panjang itu berkata, beliau hanya memperoleh sekitar RM40,000 hingga RM50,000 selepas menumbangkan jaguh Russia berkenaan dalam tempoh 70 saat.

Ahmad Nor Iman Aliff Rakib

Atlet berusia 21 tahun tersebut berkata, beliau malah tidak mengetahui dengan jelas mengapa penganjur berbuat demikian.

“Saya ingin maklumkan saya tidak memperoleh bonus bernilai lebih RM200,000 itu.

“Saya hanya dapat jumlah yang sudah dijanjikan oleh pihak penganjur sebelum ini iaitu sekitar RM40,000 hingga RM50,000.

“Saya tidak begitu pasti mengapa tidak memperoleh bonus itu tetapi mungkin ia sebabkan Adukhov bukan lawan yang saya dijadualkan berlawan pada awalnya,” kata Aliff menerusi panggilan video kepada media, hari ini.

Dalam perlawanan ONE Fight Night 28 Catchweight di Bangkok, Thailand itu, Aliff membawa pulang gelaran juara secara mudah apabila tumbukan tangan kanannya yang tepat ke muka Adukhov membuatkan lawannya itu terduduk.

Adukhov cuba bangkit tetapi gagal yang memberikan Aliff kemenangan ketujuhnya daripada sembilan pertarungan.

BACA JUGA Perosak negara sasar dua segmen pengundi ini

Â