Perosak negara sasar dua segmen pengundi ini
Oleh LIYANA MARZUKI
Saya ingat lagi sejurus selepas Langkah Sheraton, ada gerakan dari Pakatan Harapan (PH) mahu runtuhkan kerajaan kerana mereka tidak puas hati lagi.
Akuan bersumpah (SD) yang diberi Perikatan Nasional (PN) dikatakan tidak cukup jumlah kerana SD geng Pejuang dikira sekali. Walhal, mereka menentang Tan Sri Mahiaddin Yassin jadi Perdana Menteri.
Maka sibuklah PH ini buat gerakan, kalau Agong tidak mahu terima Anwar jadi PM, kita minta Parlimen dibubarkan.
Saya bangkit melawan, ketika itu baru nak mula pandemik. Dalam suatu wawancara dan tulisan saya, saya beri amaran.
Kalau pilihan raya dibuat masa itu, dengan negara tengah mengadap pandemik. Teruk rakyat nanti. Kes akan naik. Dah kena rampasan kuasa tu redha sahaja. Tunggu sajalah pilihan raya .
Kerana pada saya, kepentingan negara itu lebih tinggi dari nafsu PH nak kembali berkuasa.

Namun, enam bulan lepas itu, tidak saya jangka, PN buat pilihan raya negeri di Sabah dengan terburu-buru ketika kes melandai mereka memandai-mandai.
Sebab takut hilang kuasa, mereka gerakkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Sabah. Walaupun mereka menang, selepas PRN Sabah, kes Covid-19 merebak seluruh negara.
Ingat ya. Semasa itu, vaksin pun tiada. Orang politik lepas PRN Sabah, bawa jangkitan balik ke Semenanjung, kes meningkat punya teruk.
Berbakul-bakul mereka dapat sumpah dari rakyat Malaysia. Sebab ramai hilang keluarga dan hilang saudara.
Lama bermula
Sekarang, nampaknya antik yang sama ketika negara makin meningkat ekonomi dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita baik sekali.
Ringgit terbaik di Asia tahun 2024. Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan pelaburan naik sama. Mereka tidak puas hati.
Ada gerakan tebuk atap sedang berjalan lagi. Bukan nak tukar Perdana Menteri, tapi nak mendesak Agong bubar Parlimen tahun ini.
Gerakan dan psy war telah disusun. Black ops untuk benci raja di kalangan anak muda, telah lama bermula.

Anda tidak perlu jadi spy untuk lihat di media sosial. Jelas sangat tentera-tentera siber akaun palsu, membuat hasutan dan hantaran membenci dan menghina Raja.
Ops terkini pula disasar kepada bukan Melayu, digerakkan ke atas orang Cina dan India supaya membenci kerajaan.
Dihasut mereka dengan isu Palestin dan agama Islam. Posting hasutan di Johor bukan tidak sengaja, ya.
Itu sebahagian daripada ops mereka. Tujuannya, nakkan base bukan Melayu tidak keluar mengundi. Bagi orang menyampah dengan kerajaan ini.
Sama saja ops MO mereka dulu, leading to Langkah Sheraton. Isu agama dan kaum dimainkan besar-besaran. Bagi Pengundi atas pagar yang konservatif tak kisah tukar kerajaan.
Kali ini juga digerakkan oleh war room dan MO yang sama. Target mereka kini, bukan Melayu dan orang muda.
Dapat bahana
Ingat dulu ketika PRU15, sebelum itu BN menang besar di Johor dan Melaka. Tiba-tiba mereka mendesak PM mereka buat PRU banjir masa negara tengah susah. Sebabnya, konon boleh cepat take over negara.
Ketika itu, GAP dan Centrist bangkit. Kita pastikan mereka kalah terduduk ketika PRU. BN dapat keputusan paling teruk dalam sejarah. Hanya tinggal 30 kerusi dari beratus-ratus sejak dulu.
So, let me assure you… Kalau anda ada niat nak jadi perosak negara, tengah ekonomi makin pulih, anda nak kacau ganggu.
Kami akan pastikan anda dapat bahananya. Get ready to roll-up your sleeves, people.
We are GAP and Centrist.
Setia kita kepada Raja dan Negara bukan kepada parti atau politikus durjana.
BACA JUGA ‘Tebuk Atap 2.0’: Ada yang mahu berpaling tadah selepas Aidilfitri?
Â