‘Tebuk Atap 2.0’: Ada yang mahu berpaling tadah selepas Aidilfitri?

Oleh LIYANA MARZUKI

Let me spill the bean. Benda saya dengar baru-baru ini, beberapa little birds juga sahkan. Dari kedua-dua kem.

Gerakan tebuk atap 2.0 tengah giat dijalankan. Tahun ini, by hook or by crook kena jatuhkan kerajaan.

Kes pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan suku sakat sudah mula tahun ini. Kalau tak tukar kerajaan, ramai yang teman Najib nanti.

Makanya, dengarnya ada pakatan antara Ahli Parlimen UG nak gabung dengan PN. Katanya, nak paling tadah lepas Aidilfitri.

Setelah cukup jumlah, mereka akan jumpa Agong. Dan mereka tidak menjangkakan Agong akan terima PM baru. Makanya, pilihan yang ada ialah Agong akan bubar Parlimen.

Itu sebab mereka dah start drum suruh Ahli Parti bersedia. Pilihan raya boleh terjadi bila-bila masa.

Firasat ramai pemerhati politik, keputusan tetap sama. Parlimen tergantung juga.

Itu sebab banyak tindakan dibuat agar base PH tidak keluar mengundi. Itulah tiba-tiba mereka jadi terpaling Cina sekali.

Soalan saya, kalau PN yakin menang siapa jadi Perdana Menteri? Tan Sri Muhy Kluster Mahkamah. Depa mengata Zahid maknanya mereka pun sama. Lepas naik, nak DNAA (melepas tanpa membebaskan) pula?

Haram untuk orang halal untuk mereka?

Kepada pengundi, get ready. It’s a roller coaster ride this year.

There’s no angel in politics. Tugas kita memilih lesser evil, pihak yang punya mudarat lebih kecil terhadap pembinaan negara bangsa.

BACA JUGA Heboh beberapa das tembakan di pusat beli-belah, suspek sedang dijejaki

Â