Uniform Armada Bersatu lain macam

Warna uniform Armada Bersatu tular di media sosial apabila menjadi bahan sindiran warganet termasuk mengaitkannya dengan identiti baju komunis.

Dalam masa sama, cara anggota sayap parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu yang separa melutut ketika dipakaikan beret oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Mahiaddin Yassin juga diperli.

“Nasib baik geng walaun yang buat ni. Kalau PH ni, mahu makan tahun diulang dan diolah cerita,” kata pengguna Facebook, “Hanif Omar.

“Pas ada Unit Amal (semut merah), AMANAH ada ARiF (oren), Umno ada Skuad Sabil (kelabu). Dia pun nak buat juga, Armada (warna bintang 3 pun, peduli apa aku),” cemuh Ahmad Farhan.

“Parti Komunis Bersatu ke tu?” tempelak Mohd Sallehin Salleh pula.

Menurut Facebook Armada Gombak, uniform itu dikenakan anggota Armada Bersatu bahagian itu semasa sesi Latihan Armada Bersatu Siri 1/2025 di Gopeng, Perak dari 30 Januari hingga 2 Februari lalu.

Menerusi perkongsian gambar di laman media sosial itu, kelihatan beberapa pemimpin Bersatu turut hadir, antaranya Setiausaha Agung, Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin dan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz.

BACA JUGA Patut dapat bonus lebih RM222,000, anak Kelantan ini dedah berapa diperolehnya

Â