Kongsi kejayaan habiskan larian sejauh 28 km, tapi ini yang lelaki obes dapat
“Terima kasih semua yang tegur, nasihat, mengutuk. Tapi apapun, saya buat tu secara easy sahaja, dan kalau tak pernah rasa pergilah rasa jalan 28 kilo nak tengok jalan macam mana.”
Demikian komen seorang lelaki obes yang berkongsikan klip video larian sejauh 28 kilometer dan apa yang berlaku selepas acara jarak jauh yang disertainya itu.
Pemilik akaun Facebook, Syidi.Kurus memberitahu berat badannya ketika larian itu adalah sebanyak 130 kilogram.
Menerusi rakaman video yang dimuatnaik, beliau dilihat mengalami kesakitan semasa melakukan aktiviti seharian untuk tempoh dua hari berikutnya termasuk ketika keluar dari kereta.
Rata-rata menasihati Syidi untuk mengurangkan berat badan terlebih dahulu sebelum menyertai aktiviti larian jarak jauh bagi mengelakkan masalah kesihatan.

Bagi Ahmad Mior, penting untuk menjaga pemakanan bagi mendapatkan berat badan yang sesuai untuk berlari.
“Saya setahun lalu berat cecah 110 kg hingga sekarang dah 88 kg masih belum jogging dan hanya sekali sahaja saya buat brisk walk selainnya saya hanya buat HIIT (senaman berintensiti tinggi berkala) sahaja di rumah. Kuncinya jaga makan dulu bang,” katanya lagi.
Hal sama ditegaskan oleh Zulhilmi Halim memandangkan baginya Syidi sejak beberapa tahun lalu sudah berlari tetapi masih dalam kategori obes.
“Jaga kalori. Perkara utama nak kurus dan sihat kan bukan buat aktiviti yang memaksa diri sampai over limit tapi in result tak juga kurus.
“Buat calories deficit, minum air kosong, hentikan gula dan minyak, makan protein, buat weight training. Dah dapat result baru diikuti dengan berlari, hiking, hm/fm (half marathon/full marathon) dan lain-lain,” jelasnya.
BACA JUGA Ini jumlah pampasan yang mesti Israel beri kepada Gaza
Â