Apa kata Erdogan kepada PMX dan Tok Mat? Sebar video ini elak walaun memfitnah

Tular ungkapan mesra yang diucap Recep Tayyip Erdogan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam lawatan rasmi Presiden Türkiye itu ke Malaysia.

“Kamu jangan berpisah antara satu sama lain, ok?” kata Erdogan serentak merapatkan dua jari telunjuknya simbol agar bersatu-padu.

Reaksi spontan sahabat baik Perdana Menteri berkenaan sejurus bersalam dengan Mohamad yang juga dikenal sebagai Tok Mat.

Erdogan, 71, kemudian dilihat turut menepuk bahu kiri Anwar dan dalam masa sama kedengaran Tok Mat ketawa.

Kenyataan pemimpin yang memperkenalkan lebih banyak elemen Islam dalam dasar pentadbirannya, termasuk membenarkan wanita memakai hijab dalam perkhidmatan awam dan universiti itu dilihat
sebagai nasihat supaya Anwar dan Tok Mat mengekalkan penyatuan Kerajaan Perpaduan.

“Isyarat yang jelas untuk semua. Bersatu kita kuat, bercerai kita roboh. Malaysia dikagumi di bawah pimpinan PMX dan Kerajaan Perpaduan Madani,” kata netizen.

@wanzz.official2

Sakit hati walaun tengok pesanan Erdogan kepada PMX & Tok Mat ni 🤣🤣🤣 #anwaribrahim #pmx #erdoğan #turkiye #erdogan

♬ original sound – Wan Hadi – Wan Hadi

BACA JUGA Enam negeri tidak isytihar Thaipusam sebagai cuti umum, ini sebabnya