Enam negeri tidak isytihar Thaipusam sebagai cuti umum, ini sebabnya

Terdapat enam negeri di Malaysia yang tidak mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum iaitu Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan, Perlis dan Pahang.

Antara sebabnya, jumlah penduduk beragama Hindu lebih kecil berbanding negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Oleh itu, sambutan Thaipusam tidak dianggap cukup besar untuk memerlukan cuti umum.

Selain itu, beberapa negeri di Pantai Timur Semenanjung sudah mempunyai cuti khas berkaitan sultan yang lebih diutamakan seperti Hari Keputeraan Sultan dan Hari Hol iaitu Hari Memperingati Sultan yang Mangkat.

Sementara itu, Sabah dan Sarawak mempunyai kawalan tersendiri terhadap cuti umum mereka dan lebih menumpukan kepada perayaan yang relevan dengan populasi tempatan, seperti Hari Gawai di Sarawak dan Hari Kaamatan di Sabah.

Setiap negeri di Malaysia mempunyai kuasa untuk menentukan cuti umum berdasarkan keperluan rakyatnya.

Negeri-negeri yang tidak mempunyai perarakan Thaipusam yang besar mungkin tidak melihat keperluan menjadikannya cuti umum.

Walaupun Thaipusam bukan cuti umum di negeri-negeri terbabit, pekerja yang menyambutnya masih boleh mengambil cuti tahunan atau cuti khas yang diperuntukkan oleh majikan mereka.

BACA JUGA Walau lebih 57,000 ekar tanah di Los Angeles hangus, Trump bertegas penduduk Gaza tiada hak untuk kembali

Â