Penterjemah cantik Erdogan ini ada sejarah panjang di Malaysia
Oleh MOHAMED HADI
“You do not separate from one another, okay?”
Penterjemah yang segak kepada Presiden Erdogan ini namanya ialah Fatima Abushanab (kanan).
Fatima merupakan anak sulung Dr Merve Safa Kavakcı yang pernah berkhidmat sebagai Duta Turkiye di Malaysia dari Disember 2017 hingga Jun 2022.
Selaku Duta Turkiye ke Malaysia, Dr Merve juga pernah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Gabenor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Dr Merve ada sejarah panjang dalam dunia politik Turkiye, menjadi ahli parlimen wanita pertama Turki yang dipecat dari jawatan kerana berhijab memakai tudung pada Mei 1999.
Keakraban hubungan diplomatik Malaysia dan Turkiye dalam beberapa tahun kebelakangan ini ada kaitannya dengan peranan ibu dan anak ini.
Foto ini dirakamkan selepas Dr Merve menamatkan tugas beliau sebagai Duta Turkiye ke Malaysia pada penghujung Julai 2022.
Empat bulan selepas itu Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
BACA JUGA Ini sebabnya PMX terima SUV EV Togg daripada Erdogan