Pernah berang ditanya dah baca ke belum buku Hannah, polis diseru ‘kutip’ lelaki ini
Pempengaruh media sosial, Dato’ Syed Azuan (DSA) menyeru agar pihak polis menangkap Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Masridzi Sat yang dilihat kerap membuat kenyataan berbaur hasutan.
Ahli perniagaan itu yang menggelarnya sebagai ‘ustaz tiga suku’ menyifatkan individu berkenaan hanya mahukan populariti.
“Dia nak terkenal dia panggil wartawan buat sidang media.
“Polis tangkaplah mamat ni. Setiap kali dia buat sidang media, ambil mikrofon katuk atas kepala dia.
“Sudah-sudahlah. Kita mahu maju ke depan. Orang yang sama… Bercerita serupa orang tidak ada ilmu.
“Dia bercakap tentang jangan usik orang Islam. Siapa yang usik? Kamu saja yang mendakwa umat Islam kini diganggu gugat.
“Dia mendakwa bila orang Islam buat laporan polis, satu pun tak diambil tindakan tapi kalau bukan Muslim buat, cepat saja polis datang angkut pergi pukul 3, 4 pagi.
“Kutiplah mamat ni. Buat semak je. Dia juga sebut banyak kali kerajaan Madani. Kononnya kerajaan Madani tak adil. Kamu 33 bulan (kerajaan PN) adil ke?” bidasnya menerusi rakaman yang dimuatnaik di YouTube.
Terdahulu, menerusi video dikongsi Malaysia Gazette semalam, Masridzi dalam sidang media antara lain mengingatkan pemimpin terutamanya DAP agar tidak mencampuri urusan berkaitan Islam.
Sebelum ini, Masridzi pernah mengundang sindiran warganet apabila dilihat berang lantaran diasak soalan oleh seorang wartawan sama ada sudah membaca buku ‘Becoming Hannah’ oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Mengulas lanjut, Syed Azuan mempersoal apa pula yang telah dilakukan Perikatan Nasional (PN) selama 33 bulan menerajui Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
“33 bulan dulu, ada tutup kelab malam, disko, kelab dangdut?
“Macam mana orang angkat dia kononnya membela Islam? Saya tidak nampak.
“Orang begini saja nak tunjuk hebat depan kamera saja,” tempelak Syed Azuan lagi.
BACA JUGA Apa kata Erdogan kepada PMX dan Tok Mat? Sebar video ini elak walaun memfitnah
Â