‘Kalau saya mati macam mana?’, masih ada lagi orang jenis begini
Tular rakaman video seorang pesakit berang enggan menunggu giliran untuk rawatan di sebuah pusat kesihatan kerajaan.
“Kalau saya mati macam mana?” soal lelaki yang merakam sendiri perangai tidak sabarnya mempertikai arahan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) agar menunggu giliran.
Sebelum itu, lelaki berkenaan kelihatan meninggikan suara kepada seorang petugas kesihatan sebelum ditenangkan oleh seorang lagi kakitangan KKM yang mengenakan jaket hitam.
“Depan takde orang. Saya sakit. Berapa lama saya mahu tunggu?,” katanya sambil menafikan dia mengambil minuman keras.
Rata-rata mengecam tindakannya yang seolah-olah tidak memahami realiti pusat kesihatan awam yang sememangnya memerlukan kesabaran menunggu.
Ramai mengingatkan bahawa pergi sahaja dapatkan rawatan di klinik swasta jika tidak boleh menunggu lama.
“Patut Pegawai Perubatan dan Penolong Pegawai Perubatan tangkap dia dan pakaikan orang macam ini baju gila hantar Hospital Bahagia untuk mendapatkan rawatan gila!
“Aku tenang je terbaring di emergency tunggu bilik untuk lebih enam jam siap package influenza b lagi.
“Nak cepat pergi ke klinik swasta, kerajaan memang agak lambat. Itu je penyelesaiannya,” demikian antara komentar netizen.
BACA JUGA Perlunya reformasi tangani ‘rent seeking’