6 tahun berturut negeri SG4 tercorot dalam KDNK, Kelantan paling teruk

Tiga daripada empat kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) atau SG4 merekodkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tercorot dalam tempoh enam tahun sejak 2017 hingga 2023.

Kedah di bawah pentadbiran Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Perlis (Mohd Shukri Ramli) dan Kelantan (Datuk Mohd Nassuruddin Daud) kekal di tangga tiga terakhir.

Pada 2017, KDNK per kapita di Kedah adalah sebanyak RM20,961. Naik 25.72 peratus dalam tempoh enam tahun kepada RM26,353 (2023).

KDNK per kapita di Perlis adalah RM23,596 pada 2017. Naik 1.72 peratus pada 2023 kepada RM24,004.

Kelantan kekal tercorot, KDNK per kapita sebanyak RM13,695 pada 2017. Naik sebanyak 22.93 peratus kepada RM16,836 pada 2023.

Manakala Terengganu mencatatkan rekod yang baik pada 2017, mencatatkan KDNK per kapita sebanyak RM29,848.

Tetapi selepas tempoh enam tahun, negeri di bawah pentadbiran Datuk Seri Ahmad Samsuri itu hanya mampu menjana KDNK sebanyak RM31,111 pada 2023, peningkatan sebanyak 4.23 peratus sahaja.

Sementara itu, Pulau Pinang di bawah pentadbiran Chow Kon Yeow kekal menjadi negeri utama yang menyumbang KDNK terbesar dalam tempoh enam tahun.

2017 (RM51,130)
2023 (RM72,586) naik 41.96 peratus

Sarawak: 2017 (RM50,177), 2023 (RM72,411) naik 44.31 peratus

BACA JUGA Hanya dua Perdana Menteri ini saja yang pernah naikkan harga lantai padi

Â