Hanya dua Perdana Menteri ini saja yang pernah naikkan harga lantai padi
Hanya dua orang Perdana Menteri sahaja yang pernah menaikkan harga lantai padi sepanjang pentadbiran mereka.
Dua pemimpin itu adalah Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada 2014, Najib menaikkan harga lantai belian padi kepada RM1,200.
Harga itu tidak berubah untuk tempoh sembilan tahun ke hadapan – ketika itu pemerintahan Pakatan Harapan (PH) 1.0 dan diikuti Perikatan Nasional (PN).
Pada 2023 setahun selepas Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun menjadi Perdana Menteri, beliau menaikkan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per metrik tan.
Bagaimanapun Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) baru-baru ini mahu kerajaan mempertimbangkan cadangan pertubuhan itu untuk menaikkan harga lantai padi daripada RM1,300 per metrik tan kepada RM1,800 per metrik tan.
Mendengar keluhan ramai, hari ini kerajaan bersetuju untuk menyelaraskan harga lantai padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 berkuat kuasa 16 Februari ini.
Selaras dengan ini menjadikan PMX satu-satunya perdana menteri yang menaikkan harga belian padi sebanyak dua kali dalam tempoh pemerintahan beliau.
Ia lebih baik berbanding tiga perdana menteri terdahulu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri.
Ketiga-tiga mereka tidak pernah menaikkan harga lantai padi sepanjang pemerintahan.
BACA JUGA Insentif RM150 juta pastikan 24 juta kampit beras putih tempatan berada di pasaran
Â