‘Anda bukan presiden…’, selamba betul anak Musk buat Trump tergamam
Tular klip video memaparkan anak lelaki Elon Musk, X Æ A-Xii (digelar “X”), dilihat mengeluarkan kata-kata pedas kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Anak bilionair berusia empat tahun berkenaan nampaknya berkata kepada Trump, “Saya mahu anda menutup mulut anda.”
Dalam masa sama, ada berpendapat dia berkata, “Anda bukan presiden; anda perlu pergi.”
Trump kemudian dilihat memalingkan muka daripada kanak-kanak berkenaan dengan wajah serius.
Interaksi tersebut berlaku semasa sidang media Musk yang sedang membincangkan mengenai Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE).
Insiden berkenaan kemudiannya mendapat perhatian besar di media sosial, dengan pelbagai tafsiran terhadap kenyataan anak kepada individu terkaya di dunia itu.
Trump melantik Musk untuk mengetuai operasi pembersihan dalam sektor pekerjaan kerajaan.
Ketua SpaceX dan Tesla itu akan membantu mengenal pasti skandal bernilai ratusan bilion dolar berkait agensi Persekutuan di AS.
Presiden AS itu berkata, Musk akan membantu dalam membanteras perbelanjaan tidak perlu.
Menurutnya, Musk akan diarahkan untuk memberi tumpuan kepada Jabatan Pendidikan diikuti tentera.
BACA JUGA Kecoh konon menteri bukan Islam jumpa pastor, terlondeh pula apa Pas dah buat