Setepek Zamir sekolahkan Adun Bersatu isu siapa paling tolong pesawah

Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional, Zamir Ghazali menuai perhatian ramai selepas klip video beliau ‘sekolahkan’ seorang Adun Bersatu dalam Wacana Sinar baru-baru ini tular.

Zamir yang juga Pengerusi Biro Pertanian AMANAH mematahkan hujah Adun Kota Siputeh dari Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim berkenaan kebajikan para pesawah.

Zamir berkata, selepas Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 2022, beliau telah bertemu dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary supaya memperuntukan sebanyak RM10 juta kepada para pesawah padi miskin.

Anwar juga mengarahkan agar Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menyalurkan sebanyak RM50 juta kepada pesawah seluruh negara pada 2023.

Kata Zamir, ia membuktikan bahawa Perdana Menteri bersungguh-sungguh menjaga kebajikan para pesawah, sekaligus menafikan dakwaan kononnya kerajaan cuba menganiaya golongan itu.

“Ketika mana Anwar menjawat jawatan PM sekarang, pertama yang dia pergi jumpa ni Tan Sri Syed Mokhtar. Ketika itulah ada persetujuan dapat RM10 juta yang pertama dan kemudian RM50 juta untuk diberikan kepada pesawah.

“Sekarang gambaran yang cuba dibuat oleh YB kita ini, seolah kerajaan ini sengaja tak nak ambil tahu, tak nak buat libat urus, tak nak turun ke bawah, nak aniaya pesawah.

“Klau begitu situasi yang anda cuba nak sebutkan, kita kena tengok balik…PMX kita bila dia dapat sahaja jawatan itu dia terus pergi jumpa dapatkan bajet dari Bernas dan akhirnya Syed Mokhtar setuju, beri kepada pesawah

“RM250 seorang melibatkan 240,000 lebih pesawah. Usaha yang tak pernah anda buat sebelum ini,” tegas Zamir.

Zamir turut membandingkan dengan seorang bekas perdana menteri sewaktu Perikatan Nasional (PN) yang terang-terangan mengakui menerima dana dari Syed Mokhtar tetapi bukan untuk pesawah, sebaliknya dimasukkan ke akaun parti.

“Kalau kita boleh buat perbandingan dengan sebelum ini, seorang perdana menteri pergi jumpa Syed Mokhtar, minta duit dari Syed Mokhtar, masuk bukan kepada pesawah, masuk kepada akaun parti. Haa itu berlaku.

“Dengar balik daripada pengumuman persidangan agung parti kamu dulu. Jadi kita boleh buat perbandingan terus.

“Seorang PM pergi jumpa tauke minta duit bagi pada pesawah. Sorang lagi pergi jumpa tauke minta duit masuk ke akaun parti. Hat mana lebih tolong pesawah dan tolong Melayu ini?,” tambahnya lagi.

BACA JUGA 6 tahun berturut negeri SG4 tercorot dalam KDNK, Kelantan paling teruk

Â