Dr Zaliha terjah tapak penjaja di Taman Tasik Titiwangsa undang reaksi netizen

Rakaman Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa membuat terjahan mengejut ke tapak penjaja di Taman Tasik Titiwangsa semalam mengundang pelbagai reaksi netizen.

Isu gerai penjaja di sekitar Taman Tasik Titiwangsa sudah lama berlarutan sehingga menimbulkan rasa kurang senang ramai kerana aktiviti penjajaan semakin berleluasa sehingga menimbulkan kacau ganggu di kawasan riadah itu.

Perkara ini banyak kali dibincangkan secara terbuka di media sosial dengan pengguna mendakwa taman itu semakin hilang seri selepas dicemari sampah daripada aktiviti aktiviti perniagaan makanan dan lain-lain.

Kehadiran Dr Zaliha pada malam tadi adalah bagi mendengar sendiri keluhan kedua-dua pihak peniaga dan persatuan penduduk.

Beliau turut meninjau apa yang berlaku sebenarnya di bawah.

Rata-rata warganet senada bahawa mereka tidak mahukan penjaja di tepi jalan sekitar taman berkenaan kerana ia mengganggu aktiviti riadah mereka.

Mereka mendakwa kesukaran untuk mendapatkan tempat letak kenderaan ekoran penjaja sudah pun mengambil tapak awam itu.

Dalam video dikongsikan Dr Zaliha, persatuan penduduk memaklumkan mereka terpaksa berdepan dengan suasana yang agak bising ekoran penjaja berniaga sehingga waktu malam.

Malah persekitaran juga berubah kotor dengan sampah-sampah tidak diurus dengan baik.

Ramai turut memuji pendekatan Dr Zaliha yang turun sendiri ke lapangan melihat situasi sebenar yang berlaku.

BACA JUGA Kenapa kerajaan tak naikkan harga belian padi sampai RM1,800? Ini jawapan menteri

Â