‘Kenapa tak tegur Mastura, Razman?’, pemimpin Pas sendiri buat kerosakan

AMANAH menyifatkan pemimpin Pas sendiri membuat kerosakan paling ketara menabur fitnah sekaligus bercanggah dengan peranan ulama untuk menyelamatkan umat.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad berkata, Pas sepatutnya menegur pemimpin mereka seperti Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap tiga pemimpin DAP.

“Sepatutnya, dalam usaha hendak menyelamatkan umat daripada kerosakan akidah dan akhlak, maka kena tegurlah Mastura.

“Tapi dia tak akan sanggup tegur Mastura kerana demi nak selamatkan kerusi (Parlimen). Sepatutnya, walaupun nak selamatkan kerusi, dia kena kritik Mastura,” tegasnya.

Khalid berkata demikian dalam bual bicara bertajuk “Ulama tidak berpolitik bukan waris para anbiya’?” menerusi saluran Jom Channel malam tadi.

Beliau turut menempelak pendirian kepimpinan Pas terhadap kenyataan Razman Zakaria apabila mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan keluarga Pengasas Kumpulan YTL sebelum Pesuruhjaya Perak itu mengakui kekhilafan.

“Ahli Pas sendiri tegur buat kenyataan bodoh tapi ahli Pas itu pula dituduh pro DAP.

“Jadi, mana akhlaknya? Bagaimana kamu dapat selamatkan umat daripada kerosakan kalau kamu sendiri terlibat dalam kerosakan?

“Kamu sendiri buat kerosakan dan pertahankan kerosakan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin kamu,” ujarnya.

Sehubungan itu, Khalid yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan menyifatkan pemimpin Pas jelas berpolitik sekaligus gagal memainkan peranan untuk membimbing umat.

“Maka peranan ulama untuk nak selamatkan umat seperti disebutkan Abdul Hadi tidak dipenuhi kerana dia berpolitik.

“Istilah berpolitik itu membawa konotasi yang negatif demi nak dapatkan kuasa, kamu sanggup putar belit dan jual agama,” tegas Khalid lagi.

BACA JUGA Nampak terlampau ketara sakit hati bila Erdogan panggil Anwar sebagai ‘my brother’

Â