Pengerusi PH Johor kini disandang Aminolhuda
Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri selepas lebih setahun jawatan itu kosong.
Sebelum ini Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub menyandang jawatan Pengerusi PH Johor.
Beliau meninggal pada 23 Julai 2023 akibat komplikasi pendarahan otak.
Sementara itu Ketua Penerangan PH Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata pelantikan Aminolhuda dipersetujui dalam mesyuarat kepimpinan PH semalam yang turut membincangkan gerak kerja menghadapi PRN dan PRU.
Berikut adalah barisan kepimpinan baharu PH Johor:
Pengerusi: Aminolhuda Hassan (Amanah)
Timbalan Pengerusi: Syed Ibrahim Syed Noh (PKR) dan Teo Nie Ching (DAP)
Setiausaha: Idris Jiat (Amanah)
Bendahari: S Gopalakrishnan (PKR)
Ketua Penerangan: Sheikh Umar Bagharib Ali (DAP)
BACA JUGA PM tak setuju cadangan wujud menteri hal ehwal bukan Islam
Â