DeepSeek bagi ‘rating’ kepada MB dalam Malaysia, MB Kelantan paling teruk

Chatbot dari China, DeepSeek memberi ‘rating’ kepada semua menteri besar sambil menyertakan kelebihan dan kekurangan setiap seorang dari mereka.

Menerusi perkongsian individu di X, dia menggunakan Chatbot itu untuk bertanya prestasi setiap menteri besar dan sejauh mana kejayaan mereka menguruskan ekonomi negeri dengan baik.

Tiga menteri besar dari negeri Perikatan Nasional (PN), termasuk ketua menteri Sabah dan Melaka mendapat markah agak corot berbanding negeri-negeri lain.

Paling corot adalah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud yang diberi ‘rating’ 3/10 kerana kemajuan negeri yang dianggap minimum walaupun berpuluh tahun di bawah tadbir urus Pas.

Ia menulis bahawa Kelantan mengalami kemiskinan kronik, infrastruktur yang lemah, krisis air dan pergantungan kepada bantuan persekutuan.

Kedua tercorot adalah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dengan ‘rating’ 4/10. Kelemahan: Rasuah, kemiskinan luar bandar, dan sektor yang kurang maju.

Ketiga tercorot, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dengan ‘rating’ 5/10. Kelemahan: Kepelbagaian ekonomi yang terhad, projek berskala kecil dan pertumbuhan yang tidak stabil.

Keempat, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, turut mendapat ‘rating’ 5/10. Kelemahan: Terlalu bergantung kdpada royalti minyak, kepelbagaian yang perlahan dan ketidakstabilan politik.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof. ‘Rating’ 5/10. Kelemahan: Penangguhan Melaka Gateway, sejarah ketidakstabilan politik.

Sementara itu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diberi ‘rating’ yang agak baik berbanding negeri rakan-rakannya yang lain iaitu 6/10.

Kelemahan: Terlalu bergantung kepada dana Persekutuan, perindustrian yang perlahan dan dasar kontroversi yang menghalang pelabur.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun juga diletakkan satu level dengan Sanusi dan diberi ‘rating’ 6/10.

Kelemahan: FDI terhad berbanding jiran. Stabil tetapi tidak mempunyai pembaharuan yang berani.

Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi berkongsi ‘rating’ dengan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail iaitu 7/10

Kelemahan Onn Hafiz: Projek Forest City yang tergendala, ketegangan pembandaran.

Kelemahan Wan Rosdy: Kemerosotan alam sekitar akibat perlombongan/pembalakan.

Tiga negeri dengan KDNK terbesar iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak mendapat ‘rating’ cemerlang iaitu 8/10.

Tetapi masing-masing tetap mempunyai kelemahan yang menurut DeepSeek, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berdepan dengan cabaran bekalan air, dan ketidaksamaan pendapatan

Menteri Besar Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pula mempunyai kelemahan kesesakan lalu lintas dan harga perumahan yang tidak terjangkau.

Premier Sarawak, Abang Johari Abang Openg pula berdepan isu kebimbangan alam sekitar terhadap empangan mega.

BACA JUGA PM tak setuju cadangan wujud menteri hal ehwal bukan Islam

Â