Benarkah kaum India di Malaysia hanya dua juta?

Seorang ahli Dewan Negara mempersoal statistik bahawa bilangan masyarakat India di Malaysia terdiri daripada dua juta orang.

Justeru itu Senator Dr A Lingeshwaran mahu Jabatan Perangkaan Malaysia mengkaji semula statistik rasmi masyarakat tersebut.

“Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2024, etnik India membentuk 6.5% daripada 30.7 juta warganegara Malaysia, iaitu kira-kira dua juta orang.

“Namun, kehadiran luar biasa semasa perayaan Thaipusam menimbulkan persoalan mengenai ketepatan data ini.

“Anggaran jumlah masyarakat India yang menghadiri perayaan Thaipusam di Pulau Pinang sahaja dalam lingkungan 1.5 juta. Di Batu Caves lebih kurang 1.8 juta.

“Bagaimana pula di Taiping, Ipoh dan Johor? Oleh itu Jabatan Perangkaan perlu mengkaji semula jumlah penduduk India,” kata Lingeshwaran semasa merasmikan mesuarat Agung ke-15 Persatuan Veteran India Angkatan Tentera Malaysia Pulau Pinang semalam.

Dalam pada itu, Lingeshwaran turut menggesa kerajaan untuk meningkatkan pengambilan kaum India ke dalam sektor kerajaan termasuk tentera dan polis.

“Realitinya, penyertaan kaum India dalam sektor awam adalah rendah, dengan hanya 4.11% daripada lebih satu juta pegawai dan kakitangan dalam perkhidmatan awam terdiri daripada kaum India.

“Situasi ini memerlukan perubahan, bukan sahaja melalui pembukaan lebih banyak peluang oleh kerajaan, tetapi juga inisiatif daripada masyarakat India sendiri untuk memohon jawatan tersebut.

englibatan aktif kaum India dalam sektor awam akan membantu memperkayakan perspektif dan meningkatkan keberkesanan perkhidmatan kerajaan, tambah beliau.

“Dengan lebih ramai wakil dari pelbagai latar belakang etnik, dasar dan inisiatif kerajaan dapat disesuaikan dengan lebih baik untuk memenuhi keperluan semua komuniti di Malaysia.”

BACA JUGA: Tun M tak harus persoal kesetiaan orang India, Cina – Gobind

Â