Dr Azman Ibrahim tak reti baca statistik kadar jenayah ke?
Seorang pengguna Facebook Mohd Mukhlis Mohd Sharif telah menyekolahkan Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu Dr Azman Ibrahim berkenaan prinsip kadar untuk meneliti statistic kadar jenayah Agensi Anti Dadah Kebangsaan
“Standard statistik yang paling umum untuk menyajikan statistik jenayah berkaitan dengan populasi adalah kadar jenayah per 100,000 penduduk.
“Ini bermakna bahawa jumlah jenayah diselaraskan kepada saiz populasi standard 100,000, menjadikannya lebih mudah untuk membandingkan kadar jenayah di kawasan atau tempoh masa yang berbeza, walaupun saiz populasi sebenar berbeza.
“Sebagai contoh, jika Bandar A mempunyai populasi 50,000 dan 100 jenayah, kadar jenayah per 100,000 ialah 200. Jika Bandar B mempunyai populasi 200,000 dan 300 jenayah, kadar jenayah per 100,000 ialah 150. Ini menunjukkan bahawa Bandar A mempunyai kadar jenayah yang lebih tinggi daripada Bandar B, walaupun Bandar B mempunyai lebih banyak jumlah jenayah.
“Sesetengah sumber mungkin menggunakan angka populasi lain, seperti 1,000 atau 1 juta, tetapi prinsipnya tetap sama. Matlamatnya adalah untuk menyeragamkan data supaya ia boleh dibandingkan dan ditafsir dengan mudah.
“Itu yang pelik bila Azman kata dia buka data AADK tapi kalau ikut data AADK di bawah graph penyalahgunaan dadah untuk setiap 100k penduduk ada di muka surat pertama. Hairan juga buka laporan terus nampak muka surat ke dua, yang muka surat pertama buat buat buta.”
Ia ekoran hantaran Azman di Facebook yang mendakwa bahawa kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercanggah dengan statistik.
BACA JUGA: Pandangan pemimpin Pas ditempelak, dulu masa jadi kerajaan kenapa RM1,200 per tan saja
Â