GRS yakin menangi tujuh kerusi DUN di Tawau, Kalabakan

Gabungan Rakyat Sabah berkeyakinan untuk memenangi kesemua tujuh kerusi DUN di parlimen Tawau dan Kalabakan dalam pilihan raya negeri ke-17 (PRN 17), lapor Berita Harian.

Balung dan Sri Tanjung diwakili oleh BN manakala Apas diwakili oleh PN. Baki empat kerusi sudahpun berada dalam tangan GRS.

Parlimen Tawau merangkumi DUN Balung, Apas dan Sri Tanjung manakala Parlimen Kalabakan (DUN Merotai, Kukusan, Sebatik dan Sebatik).

“Pada PRN17 nanti, rakyat mesti undi GRS kerana banyak pencapaian yang kita sudah berjaya lakukan sepanjang empat tahun memerintah negeri ini berbanding kerajaan sebelumnya.

“Jadi, saya minta rakyat di DUN Merotai dan kawasan DUN lain di Kalabakan serta Tawau pastikan semua DUN di sini dimenangi GRS kerana kita ada agenda besar untuk Sabah,” kata Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri Sabah.

BACA JUGA: Dr Azman Ibrahim tak reti baca statistik kadar jenayah ke?

Â