Kecualikan, jangan rehatkan Terriruddin

Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Terriruddin Mohd Salleh tidak perlu direhatkan, sebaliknya hanya perlu dikecualikan daripada mendengar kes titah addendum, kata peguam Faiz Fadzil.

“Dari sudut amalan guaman, beliau hanya perlu dikecualikan (recused) daripada mendengar kes titah addendum.

“Adalah tidak munasabah untuk beliau mempengaruhi keputusan kes addendum kerana badan kehakiman hari ini dilihat sebuah badan yang bebas.

“Maka, apa jua keputusan berkaitan kes titah addendum pasti didengar dan diputuskan secara adil dan luar pengaruh,” kata Faiz dalam satu hantaran Facebook.

Pandangan tersebut dibuat sebagai reaksi kepada seruan beberapa pihak semalam yang mahu Terrirudin direhatkan.

Peguam Haniff Khatri Abdulla dan ketua Umno bahagian Selayang Hasnal Rezua Merican yang juga pesuruhjaya Suhakam senada dalam seruan agar Terrirudin direhatkan.

Menurut Hasnal kesilapan yang dibuat oleh Terrirudin berkenaan titah addendum menyebabkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tersilap dalam membuat keputusan.

Terrirudin merupakan Peguam Negara ketika titah addendum dikeluarkan oleh Agong terdahulu untuk membenarkan mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani tahanan rumah.

BACA JUGA: Dr Azman Ibrahim tak reti baca statistik kadar jenayah ke?

Â