PKR Johor mahu pintu rundingan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan di Johor

PKR Johor mahu pintu rundingan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan di Johor sentiasa terbuka.

“PKR Johor menyokong kenyataan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor pada minggu lalu yang berharap PH Johor diberikan peluang menyertai pentadbiran kerajaan negeri sebagai ketua kampung atau ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Bagi saya, kerajaan perpaduan di Johor adalah perkara yang boleh dirunding… kita jangan tutup pintu rundingan,” kata Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah Wee Tse merangkap naib pengerusi PKR Johor.

“Pembabitan parti komponen PH dalam kerajaan perpaduan di Johor adalah penting. Contohnya, saya adalah Ahli Parlimen PH tetapi wakil PH tiada sebagai ahli majlis ataupun ketua kampung di Johor sedangkan gabungan ini adalah komponen utama dalam kerajaan pusat.

“PH Johor ada pengalaman dan pandangan yang boleh disumbangkan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

“Ia bukan bermaksud kerajaan negeri yang diterajui BN Johor sekarang tidak bagus, tetapi ia boleh menjadi lebih baik dengan penyertaan parti komponen PH,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka PKR Johor dan Parlimen Tebrau, di sini, hari ini.

Sebelum ini AMANAH Johor turut mendesak agar kerajaan perpaduan ditubuhkan.

BN telah membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga apabila memenangi 40 daripada 56 kerusi.

BACA JUGA:Kecualikan, jangan rehatkan Terriruddin

Â