Sanggup beratur 15 jam sejak Subuh demi beg, rupanya ini sebab ramai mengamuk

Heboh golongan peminat tegar jenama sebuah beg tangan yang mengamuk kerana gagal mendapatkan barangan itu walaupun ada yang mendakwa sudah beratur selama 15 jam sejak Subuh.

Malah, difahamkan terdapat kalangan mereka majoritinya wanita muda sanggup mengambil cuti kerja demi mahu memiliki beg jenama fesyen tempatan yang diasaskan dua pasang adik-beradik, Amirrul dan Nashrul serta Brina dan Kira itu.

Gelagat pelanggan yang berang menunggu giliran untuk membeli beg tangan pelbagai warna menarik itu tular di media sosial sekaligus mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Apa ni Brik? Kitorang berbaris dari Subuh tau, tahu tahu kena datang esok lagi,” kata TikTokers ai.nyyy dengan jumlah mencecah 4 juta tontonan setakat ini.

Menerusi video yang dikongsi peminat jenama itu, dilihat seorang wanita sedang ‘berperang mulut’ dengan staf jenama produk tersebut.

Kedengaran juga mereka yang dikawal beberapa anggota Rela sedang dihalang untuk menaiki eskalator untuk ke premis jualan, bersorak beberapa kali lantaran tidak berpuas hati.

Rata-rata hairan melihatkan wujudnya gejala fear of missing out (FOMO) iaitu keadaan apabila individu rasa bimbang kehilangan atau tertinggal sesuatu perkembangan atau trend terkini.

Situsi FOMO itu adalah seperti merasakan apa yang orang ada, dia pun kena ada sehingga tidak peduli untuk berbaris berbelas jam demi memastikan mereka mendapat produk tersebut sebelum ia habis terjual.

Difahamkan beg tangan itu mencecah hampir RM300 sekaligus menimbulkan persoalan mengenai kuasa beli tinggi golongan wanita untuk barangan yang bukan merupakan keperluan asas.

Dalam masa sama, orang ramai membandingkan reaksi umum yang merungut kerana menunggu di sekolah anak serta menanti giliran di hospital kerajaan.

“Rajin orang kita bab kayakan orang lain. Kalau pempengaruh jual apa-apa pun rajin beratur berpanas tapi kalau beratur lama sikit tunggu di sekolah anak, beratur di hospital dan lain-lain, ramai yang komplen.

“Beg Brik ni sesuai untuk gadis remaja saja. Orang yang dah jadi mak-mak tak payahlah beli. Tak muat nak letak barang-barang anak. Lagi-lagi ada anak kecil.

“Demi handbag sanggup tu bersesak. Anda mempunyai pilihan dalam hidup, dan ia adalah 100% pilihan anda untuk beratur berjam-jam beli jenama itu. Anda tidak boleh marah pada penganjur kerana keputusan anda sendiri! Dan ia juga 100% pilihan penjual untuk menafikan kemasukan atau pembelian anda,” demikian antara komentar warganet.

@ai.nyyy

Apani Brik? 🙃🙃🙃 kitorang berbaris dari subuh tau, tahu tahu kena datang esok lagi 🙃 #fyp #brikmalaysia #brik #brïk

♬ original sound – ai.nyyy🫣 – ai.nyyy🫣

BACA JUGA Dr Azman Ibrahim tak reti baca statistik kadar jenayah ke?

Â