Tiada DNA khinzir dalam sandwic UM, disahkan oleh Jabatan Kimia
Dapatan Jabatan Kimia mendapati tiada DNA khinzir dalam semua sampel sandwic ham dan cheese selain salah guna logo halal.
“Saya ingin sahkan walaupun kita boleh tengok daripada pendakwaan tersebut tidak ada dakwaan dibuat kerana Jabatan Kimia telahpun mengesahkan bahawa tidak ada DNA Porcine babi dalam semua sampel, semua jenis perisa tersebut,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali.
“Maka kita segerakan pendakwaan atas kesalahan pelanggaran kepada dua perundangan tersebut dan saya juga berharap bahawa semua pihak untuk mengambil tindakan yang serius.
“Maksudnya di sini perlu untuk memastikan penggunaan logo halal yang diperakui oleh agensi yang berwajib iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Ini bukan isu yang kita boleh ambil ringan dan kita selaku penguat kuasa, walaupun kita bukanlah pengeluar logo halal itu tetapi kita membantu akan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang kesalahan dan kita alu-alukan juga laporan serta aduan daripada semua pihak,” katanya.
Beliau turut menolak dakwaan bahawa kementeriannya lambat bertindak dalam kes sandwich ham dan cheese di Universiti Malaya yang tular sebelum ini.
BACA JUGA: Sanggup beratur 15 jam sejak Subuh demi beg, rupanya ini sebab ramai mengamuk
Â