Adakah Dr Maza akan meminta maaf kepada Rayer?

RSN Rayer (PH-Jelutong) menyoal sama ada Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan memohon maaf kepadanya ekoran kenyataan mufti yang mempersoalkan amalan agamanya.

Apakah Dr Maza akan meminta maaf kerana membuat kenyataan tersebut?

Secara peribadi saya rasakan ia satu penghinaan.

Pada 5 Februari Rayer telah melontarkan soalan samada larangan memberi ucapan yang dikenakan ke atas pendakwah dari India masih dikuatkuasakan atau tidak. Soalan tersebut ditujukan kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Hussein dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Rayer turut memberi penjelasan lanjut berkenaan isu yang dibangkitkan.

“Saya tak ingin masuk campur urusan Islam negeri Perlis.

“Saya mempersoalkan satu perkara saja kepada Ketua Polis dan Menteri Dalam Negeri samada larangan ke atas Dr Zakir Naik masih lagi dikuatkuasakan atau ditarik balik

“Saya tak lontarkan tuduhan ke atas Dr Maza dan Naik.

“Soalan saya tertumpu pada larangan.

“Saya dukacita hampa dengan tindakan Dr Maza kerana saya telah jelaskan kenapa saya bangkitkan soalan tersebut.”

Ekoran persoalan tersebut, Asri telah menyatakan bahawa beliau tidak menyoal penggunaan abu suci Rayer.

BACA JUGA: Berderet bukti PN berkecamuk

Â