Berderet bukti PN berkecamuk

Perikatan Nasional(PN) dilihat sedang berkecamuk antara parti komponennya dengan semakin hari semakin jelas perpecahan dalam blok pembangkang itu.

Ketua Penerangan Pakatan Harapan (PH) Selangor, Abbas Azmi berkata, perpecahan PN terlihat bermula daripada peletakan jawatan Bendahari Agung oleh Datuk Seri Dr.Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu.

Menurutnya, dari segi media sosial, penggerak media khususnya pempengaruh dan tentera siber PB sudah mula bercakaran secara terbuka.

“Ini menunjukkan betapa perpecahan di kalangan penggerak media PN ini semakin teruk dan kesan dari pergolakkan dalaman PN itu sendiri.

“Mereka saling membuka aib antara satu sama lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau yang juga ADN Seri Serdang berkata, Gerakan pula dilihat sering menongkah arus dan pandangan terutama soal kepentingan bukan Melayu.

“Pertelingkahan secara terbuka ini memperlihatkan betapa tidak stabilnya politik dalaman PN.

“Pas dan PPBM yang ghairah merebut sokongan orang Melayu dengan isu-isu yang selalunya ekstrem sangat tidak menyenangkan Gerakan.

“Kehadiran Gerakan dalam gabungan blok PN dilihat hanya sekadar ada parti yang didominasi oleh bukan Melayu tetapi pengaruh dan peranan Gerakan dibatasi oleh Pas dan PPBM,” ujarnya.

Sehubungan itu, Abbas mempersoalkan bagaimana rakyat boleh meletakkan kepercayaan kepada PN untuk mengemudi negara dan negeri.

“Cubaan Azmin Ali untuk memujuk orang bukan Melayu memberi sokongan hanyalah umpan dan melihat kepada situasi semasa dalaman PN tidak mungkin apa yang ditawarkan oleh PN melalui Azmin Ali boleh dikotakan.

“Bahkan, reputasi ketika Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor dahulu tidaklah sehebat dibawah kerajaan Perpaduan Negeri Selangor yang ada pada hari ini,” tegas Abbas lagi.

BACA JUGA Sanggup beratur 15 jam sejak Subuh demi beg, rupanya ini sebab ramai mengamuk

Â