Nandri PM Anwar, masalah perumahan 27 tahun selesai akhirnya
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas komitmennya membantu menyelesaikan isu perumahan komuniti India di Bestari Jaya, Tanjung Karang yang tertangguh selama 27 tahun.
“Kerajaan MADANI dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sering memberi perhatian terhadap isu-isu spesifik berkaitan semua kaum termasuk India.
“Saya mewakili masyarakat India di negara ini merakamkan ucapan `Nandri’ (terima kasih) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang berjaya menyesaikan isu perumahan ini yang tertangguh hampir 27 tahun.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang membantu merealisasikan impian ini.
“Kerajaan MADANI mendengar dan bertindak. Inilah cara kita,” katanya yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh, dalam satu kenyataan, hari ini.
Kerajaan telah bersetuju dengan cadangan pelaksanaan pembangunan Projek Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni Madani Bestari Jaya di Tanjung Karang bernilai RM75 juta.
Projek ini akan dibangunkan di atas tanah 20 ekar yang diberikan percuma oleh Syarikat Berjaya Corporation Berhad untuk 245 keluarga pekerja daripada lima ladang – Ladang Mary, Ladang Nigel Garder, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak.
BACA JUGA: Tengku Zafrul duta ke Amerika Syarikat?
Â