Tengku Zafrul duta ke Amerika Syarikat?

Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz telah menolak spekulasi bahawa beliau akan menjadi duta Malaysia ke Amerika Syarikat.

Jawatan duta tersebut kosong selepas mantan duta Datuk Seri Nazri Aziz kembali ke Malaysia pada 8 Februari selepas berkhidmat selama dua penggal.

“Saya tidak akan menjadi duta Malaysia ke AS. Bagaimanapun sebagai Menteri MITI, kementerian saya bersedia memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang dilantik.”

Beliau turut berkata beliau mahu focus terhadap tugasnya di kementerian, terutamanya dalam keadaan Malaysia mempengerusikan ASEAN.

Tengku Zafrul telah disenarai pendek oleh bekas ahli parlimen Bangi Ong Kian Ming untuk menggantikan Nazri.

Empat nama lain yang turut diumumkan oleh Ong termasuklah naib pengerusi PKR Nurul Izzah Anwar, mantan pengerusi CIMB Tan Sri Nazir Razak, mantan senator Yusmadi Yusoff, dan pengerusi ISIS Faiz Abdullah.

BACA JUGA: Berderet bukti PN berkecamuk

Â