Alamak, Adun Pas rindu zaman Najib pulak dah
Seorang Ahli Dewan Undangan (Adun) Pas dari Terengganu secara berterus-terang menyatakan rindu akan era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
Menerusi hantaran di X, Adun Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi berkata demikian ketika membandingkan era kerajaan Madani yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Pemuda Pas Terengganu itu secara sinis menganggap Perdana Menteri “sembang temberang” semasa mengulas laporan berita mengenai jualan ekuiti tempatan oleh pelabur asing.
“Yang paling pelik dapat Perdana Menteri paling kuat ke luar negara… umum projek berbilion tapi realitinya sudah minggu ke-17 pelabur asing jual ekuiti… rindu zaman Najib Bursa selalu bullrun…sekarang dapat sembang temberang je lah,” kata Tengku Muhammad Fakhruddin.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengecam wakil rakyat Pas berkenaan termasuk mengingatkan Dr. Din bahawa firma perunding kewangan antarabangsa, Deloitte sudah pun mengesahkan Malaysia sebagai pasaran ekuiti teratas di Asia Tenggara untuk 2024.
Warganet turut menempelak sokongan pemimpin Pas tersebut terhadap bekas Perdana Menteri yang pernah dinyatakan hakim bukan melakukan tindakan demi kepentingan negara sebaliknya memalukan negara.
“Di Bursa, pelabur jual ekuiti bila ada pelabur lain yang beli. Jangan cuba bodohkan orang
@drtgfakhruddin. Kalau tak tahu kaji dulu,” bidas pemilik X, Abd Raheem Mohamad.
“Beza pelaburan dan main saham pun gagal tapi nak sembang,” kata @bulibakaw.
“Direct Investment dengan Equity Investment pun tak tahu beza. Duduk rumah jaga anak bini lah, nak jaga rakyat kawasan dah tak mampu,” bidas @BitingTruth pula.
BACA JUGA Empat negeri PN paling ramai penagih dadah di Malaysia, ini fakta dari AADK