Gara-gara bertekak isu Titah Adendum, kisah di UTP pula terbongkar, ini respon MP Machang
Persidangan Dewan Rakyat semalam kecoh apabila Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) tetap mahu membangkitkan isu berkaitan Titah Adendum.
Dakwaan keras wakil rakyat Bersatu berkenaan kononnya kerajaan tidak jujur dengan rakyat apabila menyorok titah itu bukan sahaja ditegur beberapa Ahli Parlimen kerajaan, malah mengundang kritikan warganet.
Antaranya, pengguna X, Muhammad Najib yang kemudian mendapat reaksi Wan Ahmad Fayhsal.
Najib berkongsikan kisah daripada rakannya yang pernah menyambung pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP).
“Ada member yang pernah belajar kat UTP sama dengan Jargon ni cerita ke saya dulu, kat UTP ramai orang tak suka Jargon sebab suara dan perangai dia.
“Susah saya nak bayangkan kenapa masa tu.
“Tapi sekarang bila dia dah jadi MP dan tengok live di TV, saya faham akhirnya,” kata pemilik akaun @muhammadnajib79 itu.
Susulan itu, Wan Fayhsal yang juga bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam reaksinya secara sinis mengucapkan ‘tahniah’.
“Bila tak dapat jawab hujah kegagalan pengurusan ekonomi kerajaan Madani kamu serang lawan guna “ad hominem”.
“Tahniah kerana jadi macai yang berjaya,” kata bekas pegawai khas kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika menduduki jawatan Menteri Belia dan Sukan (2018 hingga 2020) dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH).
BACA JUGA Empat negeri PN paling ramai penagih dadah di Malaysia, ini fakta dari AADK