Kecoh pula tiada menteri setengah jam nak rehat, nah habuan buat pembangkang
Kecoh pula penyokong pembangkang apabila mempersoal di mana menteri atau timbalan menteri hari ini ketika hanya lagi kurang setengah jam persidangan Dewan Rakyat akan berehat.
Pengguna X, Ahmad Ikhwan secara sinis meminta warganet mencari menteri atau timbalan menteri yang diperlinya sedang bersembunyi.
Menurutnya, mereka yang berada blok kerajaan tidak hadir Parlimen walaupun menikmati peruntukan, pangkat dan gaji tinggi.
“Bila Covid sibuk berdemonstrasi nak bersidang, bila jadi menteri menyorok.
“Itulah dia hipokrasi tatakelola kerajaan PH-BN,” selarnya yang hanya mengundang lagi kecaman netizen terhadap Perikatan Nasional (PN).
Rata-rata mengingatkan bahawa menteri sibuk dengan fungsi dan peranan masing-masing berbeza dengan pemimpin PN yang kerap ‘hilang’ di Dewan Rakyat seperti Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Malah, warga maya berkongsikan info kehadiran pemimpin parti sepanjang 71 hari persidangan bermula pada 26 Julai 2021.
Grafik yang dikeluarkan sebuah portal berita itu menyaksikan Abdul Hadi juga Presiden Pas dikategorikan sebagai Ahli Parlimen yang mempunyai kehadiran buruk di Dewan Rakyat.
BACA JUGA Semua ahli Parlimen manis muka hari ini apabila dapat harumanis Perlis