Semua ahli Parlimen manis muka hari ini apabila dapat harumanis Perlis

Semua ahli Parlimen manis muka hari ini apabila menerima mangga jenis harumanis daripada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Penyerahan harumanis di Bangunan Parlimen itu, kata Mohamad, adalah sebahagian daripada usaha mempromosikan buah mangga premium keluaran negeri Perlis.

“Program ini bertujuan untuk menggalakkan sokongan terhadap produk pertanian tempatan, khususnya harumanis yang terkenal dengan rasa manis, tekstur lembut, serta berkualiti tinggi.

“Ia juga merupakan inisiatif untuk meningkatkan kesedaran mengenai potensi besar sektor pertanian dalam menyumbang kepada ekonomi negara,” kata Mohamad menurut kenyataan di Facebook.

Beliau berkata harumanis bukan sahaja simbol kebanggaan Perlis, tetapi juga salah satu hasil pertanian terbaik negara.

“Kita perlu terus mempromosikan produk tempatan agar dapat menembusi pasaran lebih luas, termasuk di peringkat antarabangsa,” kata Mohamad lagi.

BACA JUGA Alamak, Adun Pas rindu zaman Najib pulak dah

Â