Sultan Selangor titah Adun jangan tabur fitnah, mencaci, perbesar hal remeh

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar wakil rakyat bersidang dengan sopan dan tidak membesarkan perkara-perkara remeh.

Baginda bertitah, Ahli Dewan Negeri Selangor harus memberikan fokus kepada perkara-perkara yang penting kepada masa hadapan negeri dan rakyat.

Baginda mahu sidang Dewan kali ini berlangsung dengan penuh berhemah dan bukannya menjadi medan untuk menabur fitnah, caci-mencaci dan berperangai tidak senonoh.

“Hindarilah sebarang tindakan yang kurang sopan atau membesarkan perkara yang remeh.

“Rakyat sentiasa memerhati dan menilai setiap tingkah-laku Wakil Rakyat yang mereka pilih” titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga DUN Selangor ke-15 tahun 2025 hari ini.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin tiba di Dataran Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada jam 9.15 pagi.

Persidangan DUN Selangor dijadualkan berlangsung bermula hari ini hingga 21 Februari, 24 hingga 28 Februari serta 3 Mac 2025.

BACA JUGA Lantik tiga syarikat baharu periksa kenderaan, ini jawapan Anthony Loke kepada Pas

Â