Dah dibenar keluar IJN, rupanya tiga pembuluh darah jantung MP Pas ini tersumbat
Selepas lima hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Ahli Parlimen Hulu Selangor dari Pas, Hasnizan Harun dibenarkan pulang semalam.
Yang Dipertua Pas Kawasan Hulu Selangor itu menjalani pembedahan pintasan jantung susulan tiga pembuluh darah jantungnya tersumbat iaitu masing-masing 80%, 80% dan 70%.
Menerusi hantaran di Facebook malam tadi, Hasnizan, 55, memberitahu beliau memerlukan rehat secukupnya di bawah pemantauan keluarga.
“Ramai yang bertanya mengenai ziarah, namun atas nasihat doktor, adalah lebih baik jika dilakukan selepas seminggu yang pertama iaitu bermula hari ini.
“Ia bagi memberi ruang untuk berehat dan menjalani proses pemulihan sepenuhnya,” katanya.
Pada 11 Februari lalu, Bendahari Pas Selangor itu memaklumkan pembedahan dibuat susulan prosedur angiogram pada 18 Disember tahun lalu yang mengesan tiga pembuluh darah jantungnya tersumbat.

Hasnizan turut berkata, beliau perlu berehat antara dua hingga tiga bulan bergantung pada keadaan.
Ketua Perikatan Nasional (PN) Hulu Selangor berkenaan juga memberitahu satu salur darah jantungnya tersumbat sebanyak 55 peratus sejurus balik dari mengerjakan haji pada 2014 iaitu pada usianya 44 tahun.
BACA JUGA Kecoh pula tiada menteri setengah jam nak rehat, nah habuan buat pembangkang
Â