Kes rasuah pimpinan Sabah: Ini status terkini
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah pun membuka dua kertas siasatan dan menjalankan siasatan terhadap kes rasuah yang melibatkan pimpinan negeri Sabah.
“SPRM telah membuka dua kertas siasatan dan telah siap menjalankan siasatan.
“Kedua-dua kertas siasatan tersebut telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk diteliti.
“Bagaimana pun terdapat arahan lanjut daripada TPR dan SPRM sedang dalam tindakan
melaksanakan arahan lanjut tersebut bagi melengkapkan siasatan.
“Justeru, SPRM tidak dapat mendedahkan butiran siasatan tersebut berdasarkan subseksyen 29(4) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [Akta 694],” kata Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan-Semporna).
Pada awal bulan ini Malaysiakini melaporkan mengenai beberapa rakaman video memaparkan ADUN berkenaan didakwa menerima ratusan ribu ringgit bagi menyokong permohonan sebuah syarikat untuk projek di sebuah negeri.
Antara yang terpalit dalam skandal ini termasuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Exco Negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga merupakan menantu Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.
BACA JUGA: ‘Hukuman sebatan syariah bukan hukuman terbuka’
Â