Nak Sekolah Menengah Kebangsaan Tamil? Ini jawapan Menteri Pendidikan
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyatakan bahawa penubuhan sekolah menengah kebangsaan adalah bertujuan untuk menampung keperluan pendidikan menengah murid pelbagai kaum.
Oleh itu Kementerian Pendidikan tidak akan menubuhkan sekolah menengah kebangsaan Tamil.
“Penubuhan sekolah menengah di Malaysia tertakluk kepada peruntukan di bawah Akta Pendidikan 1996, khususnya Seksyen 30 dan 31, yang memperuntukkan penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).
“Sekolah menengah di negara ini diwujudkan dengan tujuan untuk menampung keperluan pendidikan peringkat menengah bagi murid pelbagai kaum.
“Sebarang cadangan penubuhan sekolah baharu adalah tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996,” kata Fadhlina dalam jawapan bertulis kepada Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor).
Ramkarpal bertanya sama ada Kementerian Pendidikan bercadang untuk menubuhkan SMKT dan jika ya, usaha-usaha yang telahpun diambil.
BACA JUGA:Kecoh pula tiada menteri setengah jam nak rehat, nah habuan buat pembangkang
Â