Orang putih 3 ekor? AMANAH tegur Hadi Awang supaya beradab
Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang dinasihatkan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan susulan ucapan beliau mengenai penggunaan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu dalam majlis rasmi membabitkan delegasi asing.
Pengerusi Biro Kesenian & Kebudayaan AMANAH, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, kenyataan Abdul Hadi adalah tidak wajar dan tidak beradab.
Jelasnya, sebagai sebuah negara yang aktif dalam hubungan antarabangsa, penggunaan bahasa Inggeris dalam acara rasmi adalah satu keperluan bagi memastikan komunikasi yang jelas dan berkesan.
“Ini tidak menjejaskan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi sebaliknya melengkapi keperluan diplomasi dan perdagangan global.
“Kenyataan yang bersifat negatif dan tidak sensitif boleh menjejaskan reputasi Malaysia serta mencerminkan sikap tidak profesional di mata dunia.
“Hubungan diplomatik perlu dibina atas asas saling hormat-menghormati dan komunikasi yang berkesan, bukan dengan ungkapan yang boleh dianggap memperlekehkan pihak lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Wan Anwar, usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dilakukan secara strategik dan praktikal, tanpa perlu memperlekehkan bahasa lain.
Katanya, leseimbangan antara identiti nasional dan keperluan komunikasi global adalah amat penting bagi memastikan Malaysia terus dihormati sebagai sebuah negara yang beradab dan berwibawa.
“Sehubungan dengan itu, saya menyeru agar Ahli Parlimen Marang lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak menimbulkan salah faham serta ketegangan dalam kalangan rakyat dan masyarakat antarabangsa,” ujarnya lagi.
Semalam, Abdul Hadi memdakwa segelintir pihak kini lebih mengutamakan penggunaan bahasa Inggeris dalam majlis-majlis rasmi, meskipun majoriti tetamu adalah rakyat Malaysia.
Katanya, usaha memartabatkan bahasa Melayu di negara ini dilihat masih lemah terutama dalam urusan rasmi dan acara-acara besar yang diadakan sedangkan ia adalah bahasa kebangsaan.
Abdul Hadi berkata demikian ketika mana Parlimen pada semalam menerima kunjungan delegasi Dewan Rakyat United Kingdom (UK).
BACA JUGA PMX berjaya selesai 5 isu tertunggak, yang ke 5 ini 55 tahun baru selesai
Â