PMX berjaya selesai 5 isu tertunggak, yang ke 5 ini 55 tahun baru selesai
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya menyelesaikan lima isu yang tertunggak dan diwarisi dari pentadbiran terdahulu.
Isu kelima mengambil masa 55 tahun untuk diselesaikan.
Kesemua lima isu berikut telah diselesaikan oleh Anwar dalam tempoh kurang daripada satu penggal dalam pemerintahannya.
Pertama ialah penyelarasan pencen Angkatan Tentera Malaysia yang tertangguh selama 11 tahun.
Kedua ialah masalah perumahan 245 pekerja ladang di Bestari Jaya diselesaikan selepas 27 tahun. Ia melibatkan 245 pekerja ladang dari Ladang Mary, Ladang Nigel Garder, Ladang Bukit Tagar, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak.
Ketiga ialah pampasan kepada masyarakat orang Asal Sarawak yang terpaksa dipindahkan ekoran pembinaan Empangan Bakun.
Keempat melibatkan pesawah. Buat kali pertama, Bernas telah berkongsi 30 peratus keuntungan bersih mereka dengan pesawah selepas 30 tahun.
Kelima ialah pemberian khas untuk negeri Sabah dan Sarawak.
Kali terakhir Sarawak menerima pemberian khas ialah pada tahun 1969 sebanyak RM16 juta. Sabah pula menerima RM125.6 juta.
Di bawah pentadbiran Anwar kedua -dua negeri ini telah diberikan pemberian khas sebanyak RM600 juta.
Tiada seorang Perdana Menteri terdahulu yang mampu menyelesaikan masalah-masalah di atas sebelum ini.
BACA JUGA: Nandri PM Anwar, masalah perumahan 27 tahun selesai akhirnya