Pemimpin negara luar dihalang Anwar daripada bertemu Mahathir?

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beberapa pemimpin negara luar yang melakukan lawatan kerja di negara ini, telah dihalang untuk bertemu dengannya.

Mahathir mendakwa, individu yang menghalang pemimpin-pemimpin negara luar itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia didedahkan sendiri oleh penasihat SG4 itu dalam audio siar Apa Cerita yang dimuat naik semalam.

“Ada pemimpin negara asing (datang Malaysia) minta nak jumpa saya. Oh (Anwar kata) tak boleh, tak boleh jumpa.

“(Pemimpin itu datang) dari dua buah, tiga buah negara.

“Pemimpin-pemimpin itu kawan saya, kenal saya dan mereka datang ke Malaysia nak jumplah dengan saya, oh tak boleh,” katanya.

Dakwaan bahawa Anwar menghalang pemimpin negara luar bertemu Mahathir sudah tersebar sejak lawatan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia baru-baru ini.

Cerita ini dimulakan oleh penyokong tegar pembangkang, sebelum Mahathir pada semalam mengesahkan dakwaan itu.

Dalam audio siar itu, Mahathir turut mendakwa bahawa penyokong Anwar sendiri akan berdepan tindakan sekiranya ingin berjumpa dengan beliau.

“Jangan sahaja (Anwar) bertemu dengan saya… orang lain nak jumpa saya pun tak boleh, tak dibenar.

“Kalau ada supportersnya jumpa saya, dia ambil tindakan,” kata Mahathir lagi.

BACA JUGA Penyokong Pas kata mereka bangga dipanggil walaun