Reformasi ke atas undang-undang sedang diusahakan

Reformasi kepada undang-undang keselamatan sedang diusahakan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Kementerian Dalam Negeri sedang mempertimbangkan keperluan mewujudkan mahkamah khas untuk mengendalikan kes Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) SOSMA.

Ia bertujuan untuk mencegah tahanan Sosma ditahan terlalu lama dan turut mempertimbangkan jaminan.

Satu jawatankuasa khas telah dibentu untuk memperhalusi perkara ini.

Hasil kajian jawatankuasa ini akan dibentang di Dewan Rakyat dalam sesi akan datang.

“Lagi cepat jawatankuasa ini menghasilkan dapatan, lagi cepat kita bentang,” katanya.

“Kita ada sesi Julai hadapan.

“Biar itu menjadi satu garis masa untuk menunjukkan bahawa kesediaan kita sentiasa terbuka dalam menambah baik dasar perundangan, peraturan serta usaha bagi memperkasa aspek keselamatan dan ketenteraman awam,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam sesi Taklimat Menteri yang diberikan di Dewan Rakyat.

BACA JUGA: PMX berjaya selesai 5 isu tertunggak, yang ke 5 ini 55 tahun baru selesai