‘Tak baik bohong, Tun…dosa’ – Setpol Anwar ragu dakwaan Mahathir

Setiausaha Politik Perdana Menteri meminta Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan siapa pemimpin tersebut yang didakwa dihalang daripada bertemu dengannya.

Dalam satu hantaran di X, Kamil Munim bertanya pemimpin dari negara mana yang disebutkan Mahathir itu.

“Pemimpin mana? Dari negara mana? Nyatakan,” ulasnya pendek.

Dia juga berkata, sekiranya Mahathir tidak dapat membuktikan perkara itu, bermakna bekas Ahli Parlimen Langkawi itu sedang berbohong.

Katanya, pembohongan itu dibuat untuk mencipta persepsi buruk terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jika tidak, Tun bohong. Tun bohong untuk cipta persepsi buruk dan meraih simpati politik.

“Tak baik bohong, Tun. Dosa,” katanya lagi.

Semalam Mahathir mendakwa beberapa pemimpin negara luar yang melakukan lawatan kerja di negara ini, telah dihalang untuk bertemu dengannya.

Mahathir mendakwa, individu yang menghalang pemimpin-pemimpin negara luar itu adalah Anwar.

Ia didedahkan sendiri olehnya dalam audio siar Apa Cerita yang dimuat naik semalam.

BACA JUGA Pemimpin negara luar dihalang Anwar daripada bertemu Mahathir?

Â