UN SDG eksport cip AI antara tumpuan Dewan Rakyat
UN SDG, impak AS ke atas eksport cip kecerdasan buatan (AI) merupakan antara perkara yang akan diperhalusi di Dewan Rakyat pagi ini.
Tan Kok Wai (PH-Cheras) meminta Menteri Ekonomi berkenaa pencapaian Malaysia yang meliputi 17 aspek Matlamat Pembangunan Mampan PBB (UN SDG) secara terperinci dan cabaran yang menyekat Malaysia merealisasikan semua matlamat tersebut.
Isu impak ke atas Malaysia yang menjadi pusat data serantau ekoran arahan Amerika Syarikat yang meletakkan Malaysia dalam kategori negara Tahap 2 untuk akses terhadap eksport cip kecerdasan buatan serta langkah kerajaan dibangkitkan oleh Pang Hok Liong (PH-Labis) kepada Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri.
Isu doctor pelatih di fasiliti kesihatan dan jumlah doctor pelatih yang sedang menunggu penempatan dibangkitkan oleh V Ganabatirau (PH-Klang) kepada Menteri Kesihatan.
Para menteri akan mula menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan oleh ahli – ahli parlimen dalam ucapan menjunjung titah diraja mereka mulai hari ini.
BACA JUGA: Empat negeri PN paling ramai penagih dadah di Malaysia, ini fakta dari AADK