Masa depan DAP: Ini jalannya, kata penganalisa
Penganalisa politik James Chin berpandangan bahawa masa depan DAP bergantung kepada pendirian parti tersebut dengan identiti Malaysia.
“Masa depan DAP tidak terletak kepada identiti Cinanya, sebaliknya ia perlu merangkul identiti Malaysia.
“Untuk mencapai matlamat ini, ia perlu lebih aktif merekrut orang Melayu, India dan etnik lain. Ia perlu memposisikan diri sebagai parti Malaysia yang paling inklusif di negara ini.
“Ini sahaja jalan untuk maju ke depan,” kata Chin yang merupakan professor sains politik di Universiti Tasmania, Australia.
Mutakhir ini suhu dalam pemilihan parti DAP telah menjadi hangat. Ada ura-ura mengatakan ada pihak sedang berusaha untuk memastikan Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng kecundang dalam pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) yang akan berlangsung pada bulan hadapan.
Dalam pada itu, tiga pemimpin DAP veteran telah mengumumkan pengunduran mereka daripada pemilihan CEC.
Mereka ialah Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Bukit Bintang dan pemimpin veteran DAP Pulau Pinang Phee Boon Poh.
BACA JUGA: DAP veteran duo withdraws from party polls
Â