Cabul budak ketika solat Subuh: Apa perkembangan terkini remaja berkopiah?
Polis sudah menahan seorang remaja lelaki tempatan berusia 19 tahun bagi membantu siasatan kes cabul budak perempuan dalam Masjid Jamek Sungai Masin di Batang Kali, Hulu Selangor semasa solat Subuh tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu esok untuk dipohon reman.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung video kejadian yang tular di media sosial itu pada jam 8.19 pagi.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Terdahulu, tular rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) masjid terbabit yang memaparkan aksi melampau seorang pemuda berbaju kuning dan berkopiah.
Suspek dilihat mengangkat seorang kanak-kanak perempuan yang sedang sujud semasa solat Subuh di belakang barisan jemaah wanita.
Dalam satu klip rakaman berasingan, seorang lelaki kedengaran bertanyakan secara terperinci apa yang dilakukan suspek terhadap mangsa.
BACA JUGA Lesap lebih RM26 juta di tangan ‘Profesor Stanley Lim’, siapa Datuk yang jadi mangsa ini?
Â