Ini tujuannya jemaah menteri hadiri Permukiman Kerajaan MADANI

Perdana Menteri memaklumkan jemaah menteri hari ini menghadiri Permukiman Kerajaan MADANI Tahun 2025 bagi memastikan kesinambungan perancangan yang diatur bergerak lancar bagi mencorak hala tuju negara dengan penuh berhemah dan bijaksana.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, permukiman selama dua hari itu membuka ruang sinergi di kalangan jemaah menteri bagi bersama-sama menambahbaik, mengutarakan idea yang lebih segar dan merangka prakarsa yang lebih strategik khususnya kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi negara.

“Dalam amanat ringkas, saya tegaskan bahawa marcapada hari ini termasuk situasi geopolitik dan teknologi, menuntut mana-mana kerajaan untuk bergerak pantas dan berubah agar terus kekal relevan dan berfungsi dengan baik kepada seluruh lapisan masyarakat.

“Justeru, kita mesti menerima kritikan dengan hati terbuka dan perbaiki kelompongan yang ada, selain perlunya kesatuan dan kebersamaan yang kuat sekaligus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI yang benar-benar mengangkat suara dan kehendak rakyat,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook sebentar tadi.

Sepanjang dua tahun penubuhan Kerajaan MADANI sejak 24 November 2022, pelbagai pencapaian positif dicapai, antaranya peningkatan pelaburan, pengukuhan Indeks Persepsi Rasuah serta kemasukan pelaburan strategik seperti Tesla ke pasaran Malaysia.

Kerajaan juga telah melaksanakan rasionalisasi subsidi diesel, yang berjaya menjimatkan RM600 juta sebulan dan mengurangkan ketirisan bahan api bernilai lebih RM250 juta dalam tempoh sebulan sejak pelaksanaannya pada Jun 2024.

BACA JUGA Wow, tandas Pasar Siti Khadijah dah macam hotel 5 bintang!

Â