Pembangunan semula bandar perlu untuk selesaikan masalah flat usang berkubang najis

Oleh MARINA IBRAHIM

Saya nak sentuh pasal isu hangat iaitu Akta Pembaharuan Semula Bandar.

Baca jangan dengan jiwa prejudis,
Baca jangan rasa benci.

Bila kita benci, bila kita dengar hasutan.
Kita tak nampak perkara dan tujuan sebenar.

Kau nampak aku rajin ke tulis soal politik dalam fb aku? Tapi soal ni , yang ada kepentingan rakyat, aku nak tulis.

Tulis dari sudut apa yang berlaku di Skudai sebagai contoh. Isu ni adalah kepentingan awam, tapi orang suka tanam prasangka jahat kaitan kaum.

Akta pembaharuan semula bandar ni masih dalam semakan jabatan peguam negara dan belum dibentangkan. Bila dibentangkan nanti pun masih ada peluang penambahbaikan kerompongan kalau ada.

Aku nampak ni adalah jalan keluar bagi masalah dan isu di Skudai.

Bagi kawasan banyak flat yang usang serta bermasalah seperti di Skudai, ianya akan membantu.

Aku bagi contoh flat awam yang usang dan banyak masalah seperti di Tun Aminah. Kau jangan sentuh kawasan Skudai lain, tengok Tun Aminah tu sendiri je ada 88 blok flat usang yang sangat daif.

Kategori macam mana? Belakang tu tai* melantun jatuh dari saluran, sistem pendawaian eletrik dah teruk. Perpaipan dan pembentungan jangan cerita.

Begitu banyak masalah, penduduk hanya tolak kepada kerajaan walau bukan tanggungjawab kerajaan.

Korang kena faham, flat awam ni BUKAN PPR, bukan bawah tanggungan kerajaan.

Hampir 40 tahun wujud, terlalu uzur, ada yang tiada langsung badan pengurusan, kalau ada badan pengurusan pun hutang cecah juta pun ada.

Tak da eletrik akibat sistem pendawaian usang, yang sepatutnya tanggungjawab badan pengurusan, penduduk kanak-kanak orang tua berpanas 3 hari.

Ikutkan aku, bukan tanggungjawab kerajaan akibat tak bayar pengurusan, aku boleh je biarkan mereka macamtu je. Tapi tak sampai hati, akhirnya siapa yang tanggung? Kita juga cuba usaha.

Kering tekak

Dalam sidang DUN berkali aku cerita sampai kering tekak isu nak rejuvenasi Flat TUTA, nak redevelope untuk rejuvenasi kawasan.

Jelak agaknya orang nak layan persoalan aku yang berkali-kali. Tebalkan je muka tuntut jawapan desak sana sini. Tu pun masih orang cakap kita mengangkang tak buat apa.

Kenapa?

Aku nak menyusahkan orang ke? Aku nak halau orang miskin ke? Tak. Aku nak penduduk Skudai ada persekitaran hidup yang baik.

Sangat sedih melihat kanak-kanak membesar dalam persekitaran yang teruk. Benda ni semua mainkan peranan dalam kualiti kehidupan dan akhirnya dalam pembangunan insan.

Aku ni melihat di kawasan bandar, flat usang banyak, kos sara hidup tinggi, tiada kualiti hidup dan begitu ramai penduduk yang hadir dengan kad oku mental.

Datang pejabat aku, kenapa aku tukar bilik meeting aku jadi “calming room” ? untuk orang yang ada tekanan boleh ada tempat. Terlalu ramai.

Dalam mesyuarat apa pun termasuk pelan perancangan bandar ke apa, aku selalu ingatkan bagaimana persekitaran, trafik, kos sara hidup dan perumahan bermaruah ni mainkan peranan dalam kualiti hidup , petumbuhan sosial dan kesihatan mental. Ni semua kena ambil maklum.

Pegawai SAJ pun pernah aku tazkirahkan bagaimana masalah kecil boleh berikan tekanan dalam hidup.

Jangan cakap eh , akta atau undang-undang sedia ada dah memadai atau cukup. Undang-undang sedia ada , tak mampu dah nak atasi masalah peninggalan 40 tahun lepas.

Aku bawa isu ni sampai ada yang cakap “tak payah buang masa, isu susah. Buang masa”, tapi aku takkan putus asa.

Ambil contoh Flat TUTA, kalau rejuvenasi dilakukan orang yang nak perubahan setuju kalau ada rumah transit sebelum ditempatkan kembali ke dalam unit yg dibina baru oleh pemaju.

Tapi ada segelintir dia berpandangan “tak kisah duduk dlm keadaan daif teruk asalkan dia tak susah pindah-pindah. Dia rasa malas. Sebab dia dah biasa dengan keadaan tu.”

Adil tak untuk org lain? Tak adil. Akta sedia ada sekarang perlu 100% persetujuan, ya.

Perkara ini akhirnya jika tidak dibantu akan memberikan impak besar terhadap persekitaran, pembangunan setempat, infrastruktur dan sosial jika kawasan lama dibiarkan terus usang akibat keengganan setengah pihak.

Satu blok di sana kita dah jumpa ada masalah retak teruk, tulang besi bangunan dah terkeluar.

Ada bahagian senget dah. Kalau esok lusa nak kena pindah, nak tunggu persetujuan 100% bukan mudah, benda ni semua yang akan tarik masa. Masalah membarah.

Begitu juga dalam kes Flat Taman Jaya. Kau pergi tengok flat belakang Skudai Parade tu. Menang jadi Adun, isu pertama aku angkat adalah isu flat tu.

Berapa ramai yang jadi mangsa pemaju yang dah hilang, kecuaian pemaju. Hingga sekarang aku masih push sana sini untuk kepentingan penduduk.

Hal pemaju, hal berpuluh tahun lepas, aku tak lahir aku tak terlibat… aku usaha bawa isu tersebut hingga forensik bangunan dilakukan, tu pun masih ada penduduk yang cakap “buang masa undi u” , “u kena bertanggungjawab”

Kalau perumahan strata bermasalah, nak buat pemindahan, robohkan dan jalankan pembinaan semula, ianya perlu persetujuan 100% pemilik.

Bayangkan masalah berpuluh tahun lepas, siapa owner, masih hidup atau tak, ada yang pemilik dah meninggal tak ubah nama pada anak, tak tahu wujud lagi atau tak, ada yang tak nak bagi kerjasama.. Benda ni semua jadi masalah.

Terkait akta terkait perundangan, ingat senang nak cari persetujuan kalau banyak masalah seperti di atas?

Akhirnya masa berlalu, bila PRU tukar pemimpin, tak tentu dia akan bawa isu sama. Masalah penduduk pun masih sama tiada penyelesaian.

Orang susah, orang miskin juga berhak hidup dalam persekitaran rumah yang bermaruah, yang baik. Ianya juga membantu perkembangan sosial dan sahsiah kanak-kanak, generasi masa hadapan.

Sebenarnya dalam perbincangan isu perancangan pembangunan semula kawasan, memang penduduk akan ditempatkan semula ke kawasan tersebut kembali, ambil contoh isu flat yang bertahun aku bawa.

Tak danya akan dipinggirkan. Mereka akan ditawarkan rumah di situ kembali. Harga rumah pun meningkat tinggi dari harga asal mereka beli.

Kerajaan negeri juga ada bidang kuasa dan boleh terlibat. Boleh tambah klausa dalam akta pembaharuan bandar dan gubal enakmen negeri juga nanti untuk jaga kepentingan rakyat.

Draf belum tersedia, masih ada ruang penambahbaikan. Jangan main sentimen yang tak sepatutnya.

*MARINA IBRAHIM merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai. Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa DAP Johor.

BACA JUGA Ini rupanya sebab Tel Aviv muncul ‘trending’, tiga bas kosong meletup