Ringgit tertinggi dalam tempoh 2 minggu, ekoran ura-ura perjanjian AS dan China

Ringgit ditutup tinggi pada Khamis semalam selepas mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Pada 6 petang semalam, ringgit mengukuh ke paras tertinggi dalam tempoh hampir dua minggu kepada 4.4270/4320 daripada 4.4410/4450 pada Rabu, lapor Bernama.

Ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid melihat perkembangan ini sebagai petanda AS tidak cenderung menaikkan kadar dan berpandangan Presiden Donald Trump mungkin mengambil pendekatan kurang agresif dalam hubungan perdagangan dengan China.

“Ringgit melepasi paras sokongan segeranya hari ini. Ini sejajar dengan penurunan Indeks Dolar AS (DXY) kepada 106.923 mata.

“Mata wang lain juga meningkat berbanding dolar AS, walaupun Rizab Persekutuan (Fed) membayangkan akan mengekalkan kadar faedah yang stabil,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, prestasi Bursa Saham Malaysia terus mencatatkan sejarah terbaik apabila mencatatkan kadar RM2 trilion setakat 7 Februari lepas berbanding RM3.30 bilion dana asing yang keluar.

Sebuah badan kajian, Islah, menjawab dakwaan pembangkang di Parlimen baru-baru ini.

“Kata pembangkang, ekonomi merudum. Pelabur asing lari ramai-ramai sebab isu addendum. Kita pun tak faham apa kena mengenanya?

“Isunya, adakah betul pelabur asing lari dari Malaysia?

“ISLAH bantu sediakan fakta sambil lukis sama,” kata satu posting dari badan itu.

Hakikatnya, kata Islah, pasaran saham Malaysia setakat Februari 2025 menjangkau RM2 trilion, kedua terbaik di ASEAN.

“Dan bila semak kembali, yang dikatakan “lari” hanya 0.2% dari total yang pelaburan saham yang masuk ke dalam negara,” kata badan itu.

Syarikat konsultasi kewangan antarabangsa Deloitte, juga sahkan Malaysia sebagai pasaran ekuiti terbaik Asia Tenggara 2024.

“Makanya, naratif pelabur lari tu hanya auta. Bagi mereka gian nak berkuasa semula,” katanya.

BACA JUGA Apakah Mahathir berhalusinasi selepas Tragedi PRU15 atau doa Fadzil Noor sudah termakbul

Â