Boleh pula ada tulisan Cina, kenapa MP Kelantan tak persoal negeri sendiri?
Seorang pempengaruh menempelak Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berhubung kontroversi penggunaan bahasa pada papan tanda Pasar Awam Ayer Tawar di Perak.
TikTokers Wan Hadi berkata, pintu gerbang Dataran Cheng Ho di Kota Bharu, Kelantan mempunyai bahasa Cina selain bahasa Melayu dalam tulisan jawi dan rumi.
“Lagi teruknya bahasa Melayu berada di bawah bahasa Cina.
“Aku nak tanya Fadhli Shaari. Ini boleh pula, tulisan Cina pun ada. Kenapa kau tak persoalkan negeri kau sendiri?”
“Di Pasar Ayer Tawar itu, bahasa Melayu berada di paling atas,” katanya menerusi TikTok yang sudah mencecah lebih 70,000 tontonan setakat ini.
Sebelum ini, Ahmad Fadhli menerusi hantaran di Facebook mempersoalkan keperluan meletakkan tiga bahasa bagi papan tanda Pasar Awam Ayer Tawar pada dinding bangunan tersebut.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut meminta penjelasan sama ada papan tanda tiga bahasa itu merupakan polisi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Mengulas lanjut, Wan Hadi menegaskan bahawa pintu gerbang Dataran Cheng Ho sudah bertahun-tahun ada dibina sebelum wakil rakyat Pas itu menjadi ahli politik.
“Kenapa baru sekarang kau persoalkan apa agenda KPKT di bawah Nga Kor Ming letak tiga Bahasa d pasar Awam Ayer Tawar?
“Di Dataran Cheng Ho, tak persoalkan pula,” tegasnya lagi.
BACA JUGA Tiada siaran langsung solat tarawih? Ini sebabnya Arab Saudi larang rekod
Â