Tiada siaran langsung solat tarawih? Ini sebabnya Arab Saudi larang rekod
Mengejutkan apabila kerajaan Arab Saudi mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah itu dijalankan.
Pengumuman larangan oleh Kementerian Urusan Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi itu bukan sahaja terpakai untuk solat tarawih sepanjang bulan Ramadan, tetapi juga untuk semua solat berjemaah di masjid.
Lapor Middle East Monitor, larangan itu bertujuan untuk memastikan kesucian masjid, mencipta suasana yang kondusif bagi menjalani ibadah, serta menjamin keselesaan jemaah yang hadir.
“Kementerian juga menekankan pentingnya imam dan khatib untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan dan membimbing jemaah agar mematuhi etika yang sesuai di dalam masjid,” menurut laporan itu.
Dalam masa sama, Arab Saudi turut melarang pengumpulan derma untuk jamuan berbuka puasa di dalam masjid.
Umat Islam yang ingin berkongsi berbuka puasa diminta untuk melaksanakannya di tempat yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan.
BACA JUGA Dah buat ‘content’ fitnah, Pemuda Pas ini anggap Menteri Pendidikan pula ‘koyak’
Â